Ahad, 16 Ogos 2015

Catatan Pertama Saya!!

Assalamualaikum dan selamat pagi yang penuh ceria dan sentiasa dalam HAPPY mood walau badai menimpa (heheeheee...nak buat ayat puitis pula). Ini adalah catatan pertama aku. Sebenarnya aku masih dalam program diet. Semakin umur meningkat dan kelihatan sedikit tua ni kan ((baru 21 tahun), sudah setahun aku masih KEKAL dengan berat badan yang telah turun 10KG (untuk aku, tak bayak pun), aku sentiasa cari solusi untuk turunkan lagi dan lagi dan LAGI. samapi capai berat ideal 60KG..Yup, panjang lagi perjalanan menuju ketahap itu. Sekarang, apa yang aku mula buat untuk diet aku ialah minum air 7liter sehari. Aku dah biasa minum sebanyak tu tapi kadang-kadang tewas. Sebab APA?? sebab aku cepat mengalah. Jadi, sebelum senior aku akan grad bulan 10 bersamaan juga birthday aku, aku nak capai berat aku ke 80kg..T_T..mencabarnya tapi ye la, aku pun da buat perjanjian dan aku TAK NAK KENA DENDA!!!!! aku akan pastika tahun 2015 adalah tahun terakhir aku bersama lelemak yang telah men"chubby"kan diri aku selama 21 tahun. Yang kedua pula apa yang aku buat dalam diet aku ialah oat dan yogurt setiap hari tidak kira sarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam. Macam mendera diri nampak tapi itulah satu pengorbanan yang aku mesti lakukan untuk kesihatan dan kecantikan diri aku. Cita-cita yang aku cuba bina sekarang ini ialah ingin menjdai seorang penulis. Bab menulis dalam proses. Alhamdulillah dan kawan-kawan memberi sokongan. Satu lagi, yang ni akan membuatkan orang yang mengenali ku akan gelak sakan ialah model fesyen. HAHAHAAHA...kalau aku masih dok tang ni ja, mana ada sesiapa nank ambil aku jadi model mereka kan. Pengorbanan yang SAAANGAAAT BOSAR wajib aku lakukan sekarang. untuk 15 hari bermula 16/8/2015 sehingga 31/8/2015 harap-harap akan ada perubahan. aamiin. Chaiyyok n SELAMAT MAJU JAYA dengan pengorbanan ini. Orang yang lebih besar boleh berjaya, kenapa aku tak boleh. Mesti boleh! Malaysia boleh!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan